Saturday, 8 December 2012

Fishes (Part 1)

            "Same road, same stair, same corner, same door...huhhh" *sigh* Christian mengeluh dalam hati dia sambil menuju p tempat kerja dia. Macam biasa setiap jam 8 pagi tepat dia akan membuka kedai jamming kawan dia. Sementara dia menunggu result dia untuk sambung belajar, dia kerja di kedai jamming milik kawan dia. Sambil dia membersih kedai jamming tu dengan pintu yang separuh tertutup, tiba² tu pintu kena ketuk. Dia pun p la sana pintu..."Chris! Mari p sarapan, saya belanja". Rupanya kawan dia si 'Chai' datang awal hari ne. Si Chai ne ada kedai Cyber bersebelahan dengan tempat kerja si Christian. "Bah, kijap la saya kasi bersih dulu ne tempat, kau belanja bah kan?*padahal dalam hati si Christian dia tau dia yang mau bayar tu sarapan nanti*.
            Setelah selesai dia kasi bersih tu kedai, dia pun tutp kedai tu sementara & kemudian p sebelah kedai tempat si Chai kerja. Sambil dia tinguk² si Chai mengemas, "Chai cepatlaaa nanti mau jam 10 sudah mengamuk si boss saya nanti, macam kau tida tau perangai abang* kau tu... *perumpamaan*". Si Chai pun membalas, "Kau turun la bah duluan, nanti saya datang juga, order saja sedia...". "Tiapalaaa saya tunggu juga kau, saya setia juga bah menunggu kau ne walaupun sampai 1 ribu tahun...hahaaa!". Si Chai pun selesai  mengemas cc, dia pun macam si Chris tutup tu kedai dia sementara,"Budu! Gay juga gaya kau tadi...hahaaa!". Diorang pun turun p restoran yang terletak di bawah bangunan kedai diorang ja.
            Diorang pun ambil la tempat duduk di bahagian luar tu restoran supaya si Chai dapat merokok. "Chris kau mau makan pa ne kali? Saya mau makan mee sup ne, masih kegutan* lagi ne..."*mabuk², pening²*. Si Chris tekejut, "Aik? saya ingat kau berenti sudah? Hmmm...mesti ada problemo lagi ne kan?". "Ishhh tiadalaaa...menum sikit saja bah, diorang si Kiko belanja maaa". "Yaaa laaa tu...bah sy macam biasa laaa makan mee guring sama horlicks". Setelah selesai makan, si Chai pun merokok. "Chai!!! tu asap rokok kau bah kena saya bah!". "Uppps! sorry² bah mari tukar tempat duduk". Then si Chris buka cerita, "Chai mari cari kerja lain, bosan juga bah kerja sini saja...". "Bah marilah.", sambil dia pandang kedai bakery depan tu restoran. Si Chris pun macam excited saja, "Bah dimana? Lagipun bagus tukar² cuaca* bah kan..."*perumpamaan*. "tuuu sana bakery, diorang kurang pekerja tu, buli juga p kasi kawan tu 1 amoi sana...". Si Chris pun ketawa, "hahahaaa...budu, kau la p kerja sanaaa".
            Selepas saja selesai diorang sarapan, diorang pun naiklah balik p atas tempat kerja diorang. Si Chris pun sambung mengemas kedai jamming tu. Then datang la boss @ kawan si Chris. "Jam brapa kau buka kedai tadi?, si Chris buat muka mau kasi main² boss dia, "belum lagi saya balik bah ne dari kemarin", boss dia buat muka serious, "budu ohhh kau Chris...bah p buka tu bilik studio @ stor ada mau edit lagu ne, tu na kain bah, p jemur bah sana luar tu selalu saja kau lupa p jemur sampai kering sana kerusi...". Sambil si Chris senyum², "yaaa bah boss...saya p bank dulu", boss tekejut, "Ahhh? bank? buat?", si Chris pun ketawa, "Budu, p tandas bah...lambat pikup betul, pakai Navara bah lain kali".
            Sambil diorang buat kerja masing², si Chris macam biasa duduk jaga kaunter & online. Tiba² boss dia keluar dari bilik studio(stor) sambil merokok. Si Chris buat muka panas, "Aiyaaa, merokok di luar bah, nama ja ada signboard 'Dilarang Merokok'...", boss dia senyum², "Kasi chan la bah saya, lagipun saya boss maaa...", Si Chris masih lagi buat muka panas, "peduli apa, kau boss ka, menteri ka, sultan ka yang penting kau merokok diluar, nanti saya pun teikut bau rokok, nanti orang ingat saya pun perokok...". Boss dia ketawa² then buka cerita, "ya bah ya bah, mau habis sudah ne, o yaaa, amacam sudah kau sama si Carol? Lama sudah tida dengar cerita pasal dia". Si Chris tediam ja...then boss dia sambung lagi, "brapa lama sudah gia kamu tu, kamu pernah bejumpa sudahkah? Macamna bah kau kenal dia tu? Orang mana tu dia? So dia kerja sudah la sekarang ne?". Si Chris pun trus rasa tidak selesa & malu² mau jawab, "hmmm...3 tahun sudah bah kami tiada apa²..." boss tekejut, "Uik? lama sudah pula tu, kenapa kunun kamu break?". Si Chris rasa annoying sudah sama boss dia, "Emmm...saya dapat tau dia orang lain...ya la, faham juga, rupa macam ne siapa laaa mau kan...", "Kau ne, bukan mau tinguk rupa bah kalau kau cinta & sayang sama seseorang tu, so, siapalah Gf kau sekarang?", "Hmmm...malas saya pikir pasal tu lagi, 3 tahun sudah begini, mau masuk 4 tahun sudah, ok saja...tiada juga masalah bah, single lagi bagus bah no problemaaa...hahaaa!". "Desss mustahil la dalam masa 4 tahun ne kau tiada minat mana² perempuan...ka kau give up sudah sama perempuan ne? tu si Chai single tu, duda anak 1 lagi ohhh". "budu! kau ingat saya gay ka! hahaaa! Minat tu memang ada, tapi kalau ne pintu hati sudah kena tutup berabis, sampai pakai password lagi ooo, macamna juga kan...tu la saya cakap ok saja bah macam ne, bukan mati juga bah kalau tida becouple...". "Cinta Mati juga kau ne sama si Carol...kau bukan tida buli bah, kau tu pemalu, telampau pemalu, lelaki mesti berani bah!". "Budu oh kau, kalau Cinta Mati lama sudah saya bunuh diri ohhh...Ok la bah saya pemalu, kalau tida, maybe saya jadi playboya sudah ohhh...kau tu umur kepala 3 sudah belum lagi khawin² tu tunang kau..." . "Isssh...Belum cukup kaya lagi bah...hahahaaa!"
            Diorang pun sambung kerja masing² seperti biasa. Tidak lama kemudian, tiba² si Chris rasa lain² then dia pandang di luar, dia nampak ada beberapa kawan dia berkumpul di depan kedai sambil diorang memandang di kawasan bawah kedai macam ada something special saja. Si Chris pun tida mempedulikan diorang & sambung online. 1 orang kawan masuk kedalam kedai, "Chris, mana si Dan(boss)? Kau p maaa sana luar ada sumandak* cantik ohhh p maaa tinguk" *Gadis yang berkahwin*. Si Chris pun buat muka malas mau layan, "Sana tu dia didalam stor, ehhh! tu rokok kau!", "Uppps...sorry²".
            Tanpa si Chris sedar jam pun pukul 5 sudah, tiba² handphone dia bebunyi, rupanya bapa Chris yang menelefon, itu menunjukkan yang bapa dia sedia sudah mau ambil dia balik(wahhh masih kena ambil bapa juga pula si Chris ne). Si Chris pun p la di bilik stor, "beliau saya col sudah ne, mau balik sudah ne...", "Bah kau kemas dulu sana luar la...", "Okie dokie...". Then setelah selesai saja dia mengemas dia pun p la ambil tu kain lap yang dia jemur di luar, sambil dia melipat tu kain lap di koridor then tiba² dia terpandang....................... *


*To Be Continue... c(=